LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)
&
COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
Definisi : Sistem A learning management system (LMS) ialah perisian aplikasi yang digunakan untuk pentadbiran, dokumentasi, mengesan (tracking), dan melaporkan program latihan, bilik darjah dan aktiviti atas talian (online), program e-pembelajaran, dan kandungan latihan. Mengikut (Ellis 2009)LMS yang berkesan seharusnya berkeupayaan untuk melakukan tugasan seperti pemusatan atau automasi pentadbiran, menggunakan perkhidmatan kendiri (self-service) dan perkhidmatan kendiri terbimbing (self-guided services), membina dan menyampaikan isi kandungan pembelajaran secara berterusan, menggunakan web sebagai platfom untuk menggerakkan program latihan serta kandungan yang bersifat individu dan membolehkan pengetahuan diperoleh semula.
Manakala, Course Management System (CMS) adalah satu sistem atas talian yang pada asalnya direka untuk menyokong pembelajaran bilik darjah didalam persekitaran akademik, seperti universiti dan sekolah tinggi.(John Meerts). Dalam erti kata lain, ianya digunakan untuk mengagihkan bahan-bahan pembelajaran oleh pembekal(pensyarah) dan penerima(pelajar). Misalnya nota-nota, tugasan ataupun sebarang pengumuman yang berkaitan.
Apakah kegunaan LMS dan CMS?
Umumnya, kegunaan LMS ialah satu medium yang digunakan untuk menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti dalam sesebuah organisasi atau lebih tepat sebagai modul pentadbiran, dokumentasi dan laporan program. Ia memudahkan urusan dua hala dilakukan dengan hanya komunikasi dua hala secara maya atau atas talian dengan sambungan internet. Maklumat dapat diakses dimana-mana sahaja dan lebih menjimatkan tenaga dan masa. Misalnya, LMS digunakan untuk mengendalikan peperiksaan dan penilaian interktif secara atas talian serta mengesan aktiviti pembelajaran dan pengumuman. Contohnya, di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pihak universiti telah menggunakan satu medium yang sangat memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah iaitu dengan penggunaan i Folio. Menerusi aplikasi ini, pelajar dapat mengesan sebarang pengumuman, perbincangan, bahan pembelajaran dan juga tugasan berkenaan dengan kursus masing-masing.
Manakala, penggunaan CMS lebih khusus dan penggunaannya lebih tertumpu kepada kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar. Sebagai contoh penggunaan aplikasi web untuk Sistem Maklumat Pelajar(SMPWEB) oleh sesebuah institusi atau organisasi. Smpweb ini digunakan untuk pendaftaran, pengguguran dan penambahan subjek oleh pelajar malah penyusunan jadual juga dapat dilakukan melalui sistem ini.
LMS dan CMS mempunyai aplikasi tersendiri untuk menyokong penggunaannya. Misalnya, LMS menggunakan aplikasi MOODLE, ILMS, GROVO, BLACKBOARD dan EDMODO. Manakala, perisian yang menyokong penggunaan CMS ialah JOMLA, WORDPRESS, DRUPAL, MAMBO dan MOVABLETYPE.
Terdapat perbezaan yang amat ketara antara penggunaan LMS dan CMS. Perbezaannya ialah, LMS digunakan untuk menyampaikan dan menguruskan keperluan sesebuah organisasi secara meluas manakala penggunaan CMS lebih dikhususkan kepada hanya untuk menyokong kursus yang telah diagihkan.