Salam Sejahtera..
Pada minggu ke-8 ini , tiba giliran kumpulan Mel dan Ezyan untuk membuat pembentangan. Tajuk pembentangan mereka ialah " Perisian Asal dan Berlesen ". Perisian tersebut adalah perkembangan terbaru dan terkini dalam dunia IT kini. Perisian ini membolehkan pengguna untuk mengakses kepada bahagian support. Ia juga selamat daripada pencerobohan data.
Seterusnya , mereka menunjukkan satu video yang berkaitan dengan Perisian Asal dan Berlesen. Tajuk video itu ialah " AlienRespawn". Setelah selesai melihat video tersebut , mereka menerangkan tentang ciri-ciri Perisian Asal dan Berlesen. Antara ciri-ciri yang disebut ialah perisian itu perlu dibeli dan tidak percuma , mempunyai kod sumber yang tidak boleh didedahkan serta setiap perisian tersebut perlu mempunyai nombor siri tersendiri.
Selain itu , mereka juga berkongsi mengenai jenis-jenis perisian yang ada. Antaranya ialah Single-User License , Unlimited Site dan Network License. Contoh Perisian Asal dan Berlesen ialah SSPS , Windows 7 Enterprise dan lain-lain. Kelebihan perisian ini ialah ia mempunyai suatu perisian yang lengkap dan disahkan. Akhir sekali , kesan menggunakan perisian yang tidak sah ialah dikenakan tindakan undang-undang siber. Oleh itu , belilah perisian yang sah dan berlesen demi menjaga keselamatan komputer kita.
Kumpulan yang seterusnya ialah Kumpulan Yaya , Fadilah Yambu dan Lovenia. Mereka akan membuat pembentangan bertajuk "Perisian Sumber Terbuka". Perisian ini adalah percuma kepada semua golongan masyarakat. Kriteria perisian ini ialah ia bebas untuk pengedaran semula , tiada diskriminasi dan mempunyai integrity pencipta kod sumber.
Kelebihan Perisian Sumber Terbuka ini ialah stabil dan selamat digunakan , kos dan masa pemasaran dapat dikurangkan , dapat diubah mengikut kesesuaian dan keperluan serta mempunyai sumber yang percuma. Dari segi kekurangan pula ialah penjanaan wang yang sukar , sukar untuk mengenalpasti versi terbaru dan tiada sokongan percuma.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah setiap perisian mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak lupa juga kekurangan masing-masing. Jadi , kita sebagai pengguna yang bijak , buatlah keputusan yang terbaik !
Untuk slot yang kedua pula , Cik Mazalah memberikan kami tugas yang baharu. Beliau meminta kami untuk membuat brosur menggunakan Microsoft Publisher dan Microsoft Word. Brosur tersebut perlu mempunyai maklumat mengenai tajuk yang setiap kumpulan masing-masing bentangkan. Contohnya , kumpulan saya membuat perbentangan mengenai "Keselamatan Komputer dan Internet". Maka, kami perlu membuat brosur mengenai tajuk tersebut. Kemudian , Cik Mazalah meminta kami untuk memilih salah satu brosur untuk dimuat naik di dalam slot Discussion di I-folio masing-masing. Beliau juga meminta kami agar menilai brosur setiap kumpulan dan memberikan nilai bintang dan komen yang baik. Setiap penglibatan dalam memberi komen yang bernas , akan mendapat markah bonus. Akhir sekali , beliau menyatakan bahawa tarikh akhir untuk memuat naik brosur-brosur tersebut di I-folio adalah pada hari Isnin ( 24 November 2014 ).
Sekian , terima kasih.