iam sarawakian,
  • Refleksi
  • Biodata
  • TUGASAN
    • TUGASAN 1
    • TUGASAN 2

refleksi  minggu  6

12/2/2014

0 Comments

 
Salam Sejahtera
 
    Pada minggu ke 6 ini , dua kumpulan akan membuat pembentangan. Kumpulan pertama ialah Aisyah , Azierah dan Atirah Izzah. Tajuk mereka ialah Kemahiran Abad ke-21. 

KEMAHIRAN ABAD KE-21
Salah satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini.Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti google.Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar.  Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

 Kumpulan kedua pula ialah kumpulan Kak Mimi , Stefaniey dan Kak Dian. Tajuk mereka ialah Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
 

Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internettelah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah (a) menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), (b) menyokonguntuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997), (c) menyediakan peluang untuk belajr dengan luas dalam konteks sumber asli (Lafley,Tupper and Musser, 1998), dan (d) menyediakanalat yang membolehkan guru pelatihmeningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen and Reevers, 1996). Charp (2000) pulamenyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar danmurid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahajamencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk  berkomunikasi.

(a) Komunikasi - email , chatting
(b) Perolehan maklumat - pengkalan data , dokumen
(c) Penyiaran maklumat
(d) Pembelajaran interaktif dalam talian


0 Comments



Leave a Reply.

    Archives

    December 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.