Pada minggu ke 3 ini , kami diberikan tugasan oleh Cik Mazalah iaitu untuk mencari artikel atau jurnal dengan menggunakan Google Scholar serta Website Perpustakaan Tun Sri Lanang ( PTSL ) . Sewaktu sesi pembelajaran hendak bermula , Cik Mazalah memanggil ketua bagi setiap kumpulan untuk mencabut undi bagi menentukan tajuk apa yang akan dibincangkan . Ketua kumpulan saya telah mendapat tajuk keselamatan internet dan computer ( Internet and Computer Security ) . Saya rasa agak gembira kerana tajuk itu ada berkaitan dengan tajuk ICT yang saya pernah pelajari semasa di matrikulasi dahulu . Maka , saya pasti kumpulan kami pasti dengan mudah dan tepat dapat mencari artikel serta bahan mengenai tajuk tersebut . Selepas itu , kami memulakan pencarian di Google Scholar dan di website PTSL . Memang bermacam-macam artikel yang keluar . Cik Mazalah meminta kami membaca artikel berkenaan dan menyalin mana-mana artikel atau jurnal yang berkaitan sebagai rujukan semasa . Kami telah memperoleh lebih kurang 3 artikel yang berkaitan dan mencatat isi penting dalam kandungan artikel berkenaan . Seterusnya , Cik Mazalah meminta kami menyediakan 3 buah soalan yang berkaitan dengan tajuk kumpulan masing-masing . Bagi kumpulan saya , kami perlu membuat 3 soalan berkaitan Internet and Computer Security . Kumpulan kami mempunyai 3 orang ahli kumpulan , makanya setiap ahli perlu membina satu soalan yang dapat menguji minda penjawabnya . Dalam masa lebih kurang 15 minit , kami telah dapat menyiapkan 3 soalan tersebut . Kemudian kami menunjukkan soalan kami kepada Cik Mazalah untuk kepastian dan Cik Mazalah menyatakan soalan kami sudah valid dengan tajuk yang diberikan . Jadi , beliau menyuruh kami untuk mengepost soalan-soalan itu di Forum GE1155 Weebly . Setiap ahli perlu mengepost soalan masing-masing dan memberi jawapan atau pandangan mengenai sesuatu soalan itu . Dari situ akan wujudlah satu suasana yang akan dipanggil sebagai " Online Discussion " . Aktiviti sebigini dapat mengelakkan pelajar daripada menjadi ahli yang pasif serta banyak mendiamkan diri . Melalui forum ini , kita dapat mengutarakan soalan , pendapat , kesimpulan dan sebagainya . Akhir sekali , kami diminta untuk mencipta folder baru yang diberi nama " Tugasan 3 " didalam GOOGLE DRIVE . Kami perlu memuat turun artikel yang berkaitan ke dalam folder berkenaan . Itu sahaja perkongsian untuk minggu ini , terima kasih :)