iam sarawakian,
  • Refleksi
  • Biodata
  • TUGASAN
    • TUGASAN 1
    • TUGASAN 2

refleksi  minggu  11

12/2/2014

0 Comments

 
Salam Sejahtera..

    Pada minggu ke-11 ini , kumpulan Roosa , Nabilah dan Anis akan membuat pembentangan. Tajuk yang akan dibentangkan ialah mengenai E-Learning dan M-learning. E-Learning merupakan pembelajaran jarak jauh yang memanfaatkan teknologi komputer , jaringan komputer dan Internet. Penggunaan E-Learning ini menyingkatkan masa pembelajaran dan menjimatkan kos pembiayaan. Mobile learning adalah satu cara pelajaran jarak jauh yang masih lagi di peringkat awal penggunaannya. Sistem seperti ini memerlukan penggunaan telefon bimbit sebagai medium pembelajaran. Pembelajaran menggunakan M-Learning ini boleh diakses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
    
    E-Learning dan M-Learning dicipta untuk memudahkan para pengajar untuk menyampaikan secara tepat dan efisien kepada para pelajarnya. Ia juga dicipta untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Mobile-Learning ini dicipta untuk memudahkan komunikasi antara pelajar dan pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara M-Learning ialah PDA , telefon bimbit , tab dan sebagainya.

    E-Learning telak berevolusi sejak komputer pertama kali digunakan. Ia juga boleh digunakan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. E-Learning kebanyakannya digunakan oleh guru dan pelajar. Boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Kumpulan seterusnya yang akan membuat pembentangan ialah Kumpulan Huda , Hasliza dan Kak Fatihah. Tajuk pembentangan mereka ialah Web 2.0 dalam Pendidikan.
 
    Maksud Web 2.0 ialah ia sebuah laman web yang tidak terhad dan lebih kompleks iaitu mempunyai system input dan output. Antara contoh Web 2.0 ialah Facebook , Wikipedia , Blog , Google dan lain-lain lagi. Ciri-ciri Web 2.0 ialah ia merupakan sebuah platform , gabungan maklumat dan mempunyai kekuatan data yang baik. Fungsi Web 2.0 ialah ia boleh dijadikan sebagai rujukan , berkongsi maklumat , meningkatkan kualiti dan kuantiti maklumat , memberi sumbangan idea , wujud komunikasi 2 hala dan guru boleh memberikan tugasan kepada para pelajar.

    Perbezaan Web 1.0 dan Web 2.0 ialah Web 1.0 ialah hanya boleh membaca , tiada hubungan dengan pengakses , melibatkan pemilik sahaja dan mempunyai portal informasi. Web 2.0 ialah hanya boleh membaca dan menulis pendapat , mempunyai hubungan antara pengakses , melibatkan semua penggunadan mempunyai portal RSS. Kebaikan Web 2.0 ialah website berkembang , mempunyai perkongsian maklumat dan mempunyai sokongan kemudahan yang baik. Kelemahan Web 2.0 ialah membuatkan kita lalai , contohnya facebook , pasif dan mendatangkan gangguan individu. 
0 Comments

brosur  (minggu 9)

12/2/2014

0 Comments

 
Picture
Picture
0 Comments

refleksi  minggu  8

12/2/2014

0 Comments

 
Salam Sejahtera..
    
    Pada minggu ke-8 ini , tiba giliran kumpulan Mel dan Ezyan untuk membuat pembentangan. Tajuk pembentangan mereka ialah " Perisian Asal dan Berlesen ". Perisian tersebut adalah perkembangan terbaru dan terkini dalam dunia IT kini. Perisian ini membolehkan pengguna untuk mengakses kepada bahagian support. Ia juga selamat daripada pencerobohan data.

    Seterusnya , mereka menunjukkan satu video yang berkaitan dengan Perisian Asal dan Berlesen. Tajuk video itu ialah " AlienRespawn". Setelah selesai melihat video tersebut , mereka menerangkan tentang ciri-ciri Perisian Asal dan Berlesen. Antara ciri-ciri yang disebut ialah perisian itu perlu dibeli dan tidak percuma , mempunyai kod sumber yang tidak boleh didedahkan serta setiap perisian tersebut perlu mempunyai nombor siri tersendiri.

    Selain itu , mereka juga berkongsi mengenai jenis-jenis perisian yang ada. Antaranya ialah Single-User License , Unlimited Site dan Network License. Contoh Perisian Asal dan Berlesen ialah SSPS , Windows 7 Enterprise dan lain-lain. Kelebihan perisian ini ialah ia mempunyai suatu perisian yang lengkap dan disahkan. Akhir sekali , kesan menggunakan perisian yang tidak sah ialah dikenakan tindakan undang-undang siber. Oleh itu , belilah perisian yang sah dan berlesen demi menjaga keselamatan komputer kita. 


    Kumpulan yang seterusnya ialah Kumpulan Yaya , Fadilah Yambu dan Lovenia. Mereka akan membuat pembentangan bertajuk "Perisian Sumber Terbuka". Perisian ini adalah percuma kepada semua golongan masyarakat. Kriteria perisian ini ialah ia bebas untuk pengedaran semula , tiada diskriminasi dan mempunyai integrity pencipta kod sumber. 

    Kelebihan Perisian Sumber Terbuka ini ialah stabil dan selamat digunakan , kos dan masa pemasaran dapat dikurangkan , dapat diubah mengikut kesesuaian dan keperluan serta mempunyai sumber yang percuma. Dari segi kekurangan pula ialah penjanaan wang yang sukar , sukar untuk mengenalpasti versi terbaru dan tiada sokongan percuma.

    Kesimpulan yang boleh dibuat ialah setiap perisian mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak lupa juga kekurangan masing-masing. Jadi , kita sebagai pengguna yang bijak , buatlah keputusan yang terbaik !

Untuk slot yang kedua pula , Cik Mazalah memberikan kami tugas yang baharu. Beliau meminta kami untuk membuat brosur menggunakan Microsoft Publisher dan Microsoft Word. Brosur tersebut perlu mempunyai maklumat mengenai tajuk yang setiap kumpulan masing-masing bentangkan. Contohnya , kumpulan saya membuat perbentangan mengenai "Keselamatan Komputer dan Internet". Maka, kami perlu membuat brosur mengenai tajuk tersebut. Kemudian , Cik Mazalah meminta kami untuk memilih salah satu brosur untuk dimuat naik di dalam slot Discussion di I-folio masing-masing. Beliau juga meminta kami agar menilai brosur setiap kumpulan dan memberikan nilai bintang dan komen yang baik. Setiap penglibatan dalam memberi komen yang bernas , akan mendapat markah bonus. Akhir sekali , beliau menyatakan bahawa tarikh akhir untuk memuat naik brosur-brosur tersebut di I-folio adalah pada hari Isnin ( 24 November 2014 ). 

Sekian , terima kasih.

0 Comments

refleksi  minggu  7

12/2/2014

0 Comments

 
Salam Sejahtera..

Pada minggu ke 7 , kumpulan Nizam , Muiz dan Syariffudin adalah kumpulan pertama yang akan membuat pembentangan.

Kumpulan kedua ialah kumpulan saya iaitu Nasuha , Suzy dan Leeza. Kami membuat pembentangan mengenai Keselamatan Komputer dan Internet. 

Keselamatan komputer bermaksud melindungi sistem komputer dan maklumat di dalamnya daripada akses yang tidak dibenarkan, kerosakan dan pengubahan. Antara ancaman kepada computer dan internet ialah Malicious Code ( Trojan Horse ) , Penggodam ( Hacker ) dan Natural Disaster ( Bencana Alam ). 

Langkah-langkah keselamatan yang boleh diguna pakai ialah :
ANTI-VIRUS
ANTI SPYWARE
KRIPTOGRAFI
FIREWALL (TEMBOK API)
DATA BACKUP (SALINAN DATA)
ASPEK KEMANUSIAAN

Kesimpulannya , kita pelu mengaplikasikan lngkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan computer dan internet kita daripada digodam oleh penjenayah siber.
0 Comments

refleksi  minggu  6

12/2/2014

0 Comments

 
Salam Sejahtera
 
    Pada minggu ke 6 ini , dua kumpulan akan membuat pembentangan. Kumpulan pertama ialah Aisyah , Azierah dan Atirah Izzah. Tajuk mereka ialah Kemahiran Abad ke-21. 

KEMAHIRAN ABAD KE-21
Salah satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini.Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti google.Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar.  Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

 Kumpulan kedua pula ialah kumpulan Kak Mimi , Stefaniey dan Kak Dian. Tajuk mereka ialah Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
 

Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internettelah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah (a) menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), (b) menyokonguntuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997), (c) menyediakan peluang untuk belajr dengan luas dalam konteks sumber asli (Lafley,Tupper and Musser, 1998), dan (d) menyediakanalat yang membolehkan guru pelatihmeningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen and Reevers, 1996). Charp (2000) pulamenyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar danmurid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahajamencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk  berkomunikasi.

(a) Komunikasi - email , chatting
(b) Perolehan maklumat - pengkalan data , dokumen
(c) Penyiaran maklumat
(d) Pembelajaran interaktif dalam talian


0 Comments

refleksi  minggu  5

12/2/2014

0 Comments

 
Salam 1Malaysia ...

    Pada minggu ke 5 ini , terdapat 2 kumpulan yang akan membuat pembentangan dalam kelas. Kumpulan yang pertama membuat pembentangan terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Syahirah , Atilia dan Fadhilah Yahya. Mereka membuat pembentangan yang bertajuk CASPER. CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. 

    CASPER adalah berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti berikut:



C - Contrast (Perbezaan yang ketara)

Contrast boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
  1. font jenis besar dan jenis kecil
  2. font berlainan muka taip
  3. garis halus dan garis kasar
  4. warna sejuk dan warna hangat
  5. tekstur licin dan tekstur kasar
  6. unsur mendatar dan unsur menegak
  7. garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  8. grafik kecil dan grafik besar.
 

A - Alignment (Penjajaran)


Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian kursus agar kelihatan menarik. Pembangun perisian kursus seharusnya pandai menyusun item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. 

S - Simplicity ( Ringkas )

Grafik dan animasi perlu ringkas, mudah dan dapat merangsang pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan.

Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah.

P - Proximity ( Jarak Antara Objek )
Secara ringkas proximity boleh dikatakan sebagai reka letak dari aspek jarak antara teks, jarak antara grafik serta jarak antara teks dan grafik. 

E - Emphasis ( Penekanan )
Pembangunan paparan perisian kursus perlu kepada cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara dan maklumat yang hendak disampaikan melalui paparan. 


Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:

· saiz teks dan objek, 

· bentuk teks dan objek, 

· susun atur teks dan objek, 

· warna teks, warna objek dan warna latar, 

· grafik
 dan animasi. 



R - Repetition
      Dalam keadaan tertentu, suatu mesej boleh diulang dengan menggunakan media yang berlainan termasuk media teks, grafik, audio atau animasi. Ini membolehkan pelbagai pengguna yang mempunyai kecenderungan berbeza terhadap media menggunakan sesuatu perisian kursus dengan tahap keberkesanan yang sama. 



Kumpulan kedua yang membuat pembentangan terdiri daripada 2 orang ahli iaitu Raidah dan Farrah. Mereka membuat pembentangan mengenai Learning Management System (LMS) dan Content Management System (CMS).

    CMS atau Kursus Sistem Pengurusan pada asasnya direka untuk menyokong kursus pendidikan atau akademik. Ia membolehkan pengajar untuk mewujudkan sebuah laman web kursus, di mana dokumen boleh dimuat naik dalam format popular seperti perkataan, power point, dan lain-lain tanpa perlu menukar mereka kepada format web seperti HTML.

    Fungsi CMS1.     Untuk meletakkan bahan-bahan kursus secara dalam talian.Kebanyakan CMSS menyediakan butang pra-diprogramkan untuk kursus sukatan pelajaran, kursus, jadual dan bahan-bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran tertentu, seperti salinan bacaan dan slaid PowerPoint dari kuliah.2.     Dapat menilai kemajuan pelajar.Ia membolehkan pengajar  memberi kuiz dan ujian secara online/ dalam talian, dan sebuah buku dalam talian gred, di mana pengajar boleh mengepos gred pelajar.3.     Tapak perbincangan.Pengajar dan pelajar dapat berkongsi tentang pembacaan  dan meneruskan perbincangan kelas seperti sesi kelas formal.4.     Sebagai alat komunikasi.Pengajar boleh  menghantar pengumuman kepada kelas dan berkomunikasi secara individu dengan pelajar.

0 Comments

    Archives

    December 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.