iam sarawakian,
  • Refleksi
  • Biodata
  • TUGASAN
    • TUGASAN 1
    • TUGASAN 2

refleksi  minggu  4

10/14/2014

0 Comments

 
salam sejahtera ,
    
    Pada minggu ke 4 ini , Cik Mazalah meminta kami mencari bahan dengan mengakses Internet mengenai CASPER . Apa itu CASPER ? Ramai yang menjawab hantu casper dalam cerita kartun itu . Cik Mazalah hanya ketawa kecil , kemudian beliau memberitahu jawapan yang sebenarnya . Maksud CASPER ialah :
C - contrast
A- alligment
S- simplicity
P- proximity
E- emphasis
R- repetition


CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Selepas itu , kami dimita untuk membina persembahan dalam Google Drive dengan menggunakan Google Presentation .Daripada situ , kami mengetahui bahawa Google Presentation ialah Open Source Software ( OSS ) dan iainya percuma ( FREE ) . Jadi sesiapa sahaja boleh menggunakannya dan itu adalah kelebihan Google Presentation berbanding Microsoft PowerPoint . Sekian , terima kasih .
0 Comments

refleksi  minggu  3

10/14/2014

0 Comments

 
Pada minggu ke 3 ini , kami diberikan tugasan oleh Cik Mazalah iaitu untuk mencari artikel atau jurnal dengan menggunakan Google Scholar serta Website Perpustakaan Tun Sri Lanang ( PTSL ) . Sewaktu sesi pembelajaran hendak bermula , Cik Mazalah memanggil ketua bagi setiap kumpulan untuk mencabut undi bagi menentukan tajuk apa yang akan dibincangkan . Ketua kumpulan saya telah mendapat tajuk keselamatan internet dan computer ( Internet and Computer Security ) . Saya rasa agak gembira kerana tajuk itu ada berkaitan dengan tajuk ICT yang saya pernah pelajari semasa di matrikulasi dahulu . Maka , saya pasti kumpulan kami pasti dengan mudah dan tepat dapat mencari artikel serta bahan mengenai tajuk tersebut . Selepas itu , kami memulakan pencarian di Google Scholar dan di website PTSL . Memang bermacam-macam artikel yang keluar . Cik Mazalah meminta kami membaca artikel berkenaan dan menyalin mana-mana artikel atau jurnal yang berkaitan sebagai rujukan semasa . Kami telah memperoleh lebih kurang 3 artikel yang berkaitan dan mencatat isi penting dalam kandungan artikel berkenaan . Seterusnya , Cik Mazalah meminta kami menyediakan 3 buah soalan yang berkaitan dengan tajuk kumpulan masing-masing . Bagi kumpulan saya , kami perlu membuat 3 soalan berkaitan Internet and Computer Security . Kumpulan kami mempunyai 3 orang ahli kumpulan , makanya setiap ahli perlu membina satu soalan yang dapat menguji minda penjawabnya . Dalam masa lebih kurang 15 minit , kami telah dapat menyiapkan 3 soalan tersebut . Kemudian kami menunjukkan soalan kami kepada Cik Mazalah untuk kepastian dan Cik Mazalah menyatakan soalan kami sudah valid dengan tajuk yang diberikan . Jadi , beliau menyuruh kami untuk mengepost soalan-soalan itu di Forum GE1155 Weebly . Setiap ahli perlu mengepost soalan masing-masing dan memberi jawapan atau pandangan mengenai sesuatu soalan itu . Dari situ akan wujudlah satu suasana yang akan dipanggil sebagai " Online Discussion " . Aktiviti sebigini dapat mengelakkan pelajar daripada menjadi ahli yang pasif serta banyak mendiamkan diri . Melalui forum ini , kita dapat mengutarakan soalan , pendapat , kesimpulan dan sebagainya . Akhir sekali , kami diminta untuk mencipta folder baru yang diberi nama " Tugasan 3 " didalam GOOGLE DRIVE . Kami perlu memuat turun artikel yang berkaitan ke dalam folder berkenaan . Itu sahaja perkongsian untuk minggu ini , terima kasih  :)




0 Comments

refleksi minggu ke   2

10/5/2014

0 Comments

 

minggu ini kami telah belajar sesuatu yang baharu berkenaan dengan kursus Komputer dalam Pendidikan ini bersama dengan tutor yang sama iaitu Cik Mazalah. Sekali lagi terima kasih kepada Cik Mazalah kerana sangat bersabar dalam melayan karenah kami yang pelbagai.

Pada kelas kali ini, kami belajar berkenaan dengan Learning Management System(LMS) dan Course Management System(CMS).  Sjujurnya, sebelum ini saya tidak tahu dan tidak pernah dengar pun apa itu LMS dan CMS. Secara ringkasnya LMS  ini merupakan satu medium yang digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaian perenggan, menyapaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi secara maya. Manakala, CMS merupakan satu aplikasi yang membolehkan individu mengedit, menyemak, mewujudkan web dan juga untuk menerbitkan teks elektronik.

Dalam kelas ini, kami telah diberikan tugasan, dengan menggunakan enjin pencarian kami diarahkan untuk mencari apakah yang dimaksudkan dengan LMS dan CMS, apakah kegunaan aplokasi tersebut, baagimanakah menggunakannya, apakah perisisan aplikasi LMS dan CMS serta apakah perbezaan antara kedua-dua aplikasi tersebut. Tugasan ini akan dimuatnaik dalam bahagian 'tugasan' masing-masing di dalam akaun weebly masing-masing.
0 Comments

    Archives

    December 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.